Trending

Dua buah rumah di Jalan Depo terbakar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Dua buah rumah di Lorong 7A Kampung Cenderwasih Semerah Padi, Jalan Depo, di sini, musnah akibat kebakaran kira-kira jam 2.19 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Petra Jaya, Latif Iring berkata, kebakaran awal melibatkan sebuah rumah berstruktur kekal terbakar sekitar 80 peratus.

Jelasnya, bahang api kebakaran menyebabkan sebuah lagi rumah yang terletak berhampiran insiden turut terjejas kira-kira 20 peratus.

Menurutnya, rumah awal yang terbakar merupakan tempat penyimpanan barang-barang katering.

“Kedua-dua kediaman terbabit adalah tidak berpenghuni,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Turut terjejas ujarnya, dua buah lori yang berada di hadapan rumah terbabit namun hanya terbakar di bahagian kanvas belakang.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 4.15 pagi.

TERJEJAS…Keadaan dua buah rumah yang terbakar

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru