Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Midin

KUCHING: Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) melecur di bahagian bahu dalam kebakaran di Kampung Sungai Midin, semalam.

Insiden yang dilaporkan berlaku sekitar jam 10.57 malam itu menyaksikan dua buah rumah hancur secara keseluruhan dijilat api.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kesemua penghuni lain kedua-dua rumah terbabit bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri susulan kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah setingkat jenis struktur tidak kekal telah musnah terbakar.

“Keluasan rumah pertama adalah 30×20 kaki persegi manakala rumah kedua berkeluasan 15×10 kaki persegi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suara Sarawak