Trending

Dua cedera bangunan runtuh di selatan Perancis

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MARSEILLE: Sebuah bangunan empat tingkat runtuh di bandar pelabuhan Marseille di selatan Perancis menyebabkan sekurangkurangnya dua orang cedera.

Bagaimanapun menurut pegawai, kebakaran menghalang pekerja penyelamat untuk mencari lebih ramai mangsa.

Datuk Bandar, Benoit Payan memberitahu pemberita, kejadian bangunan runtuh di daerah La Plaine tengah Marseille itu dilaporkan berlaku sekitar 12.40 pagi, menyebabkan dua bangunan di sekitarnya mengalami kerosakan.

“Pada masa ini terdapat kebakaran di lokasi runtuhan (bangunan).

Kebakaran ini menghalang kami daripada menghantar anjing dan pasukan untuk mencari kemungkinan ada mangsa di bawah runtuhan,” tambahnya.

Payan juga mengesahkan dua cedera dalam kalangan 11 mangsa yang dipindahkan dari dua bangunan berhampiran yang rosak akibat runtuhan itu.

Jalan di sekitar bangunan itu yang diselubungi debu dari runtuhan turut ditutup dan disekat, dengan ramai kakitangan kecemasan berada di lokasi kejadian, menurut seorang jurugambar AFP.

Pengawas wilayah Christophe Mirmand memberitahu AFP, kemungkinan besar runtuhan itu akibat letupan disyaki akibat kebocoran gas.

“Tetapi pada peringkat ini, kita mesti sentiasa berhati-hati sebarang punca runtuhan ini,” katanya. Siasatan sedang dijalankan untuk mencari punca runtuhan, kata pegawai.

Seramai 100 anggota bomba berada di lokasi kejadian, kata komander bomba marin.

“Keutamaan ialah memadamkan kebakaran dan membersihkan sisa runtuhan untuk mencari mangsa yang berkemungkinan berada di bawahnya,” tambahnya.

Bangunan lain di sekitar jalan tempat kejadian turut dikosongkan sebagai langkah keselamatan, dengan penduduk ditempatkan di sebuah sekolah, kata Mirmand.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru