SERIAN: Insiden kemalangan melibatkan motosikal dan sebuah pancuan empat roda jenis Toyota Hilux berlaku di Jalan Balai Ringin, dekat sini sekitar jam 9 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kemalangan tersebut juga mengakibatkan seorang mangsa yang juga penumpang Hilux mengalami kecederaan pada bahu sebelah kiri.

“Justeru, pasukan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) membantu mengangkat mangsa keluar menggunakan ‘spinal board’ dan kemudian memasang penyangga leher iaitu alat perubatan untuk menyokong leher mangsa.
“Setelah menerima rawatan, mangsa seterusnya di bawa ke hospital menggunakan jentera EMRS,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Difahamkan, pemandu Hilux dan penunggang motosikal yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut sebelum anggota bomba tiba.