ARTIKEL

Dua cedera kereta terbabas langgar lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMANGGANG: Dua cedera selepas pikap yang dinaiki berlanggar dengan sebuah lori lalu terbabas ke dalam parit di hadapan Puspakom, Jalan Sri Aman-Serian, hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais Adham Rosalan mengesahkan, kedua-dua yang cedera adalah pemandu dan penumpang pikap jenis Ford Ranger.

“Tiong Yan Hao, 29, mengalami kecederaan parah selepas tersepit dan terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Sementara Lee Pui Chin, 28, mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Jelasnya, kedua-dua mereka dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk tindakan lanjut.

Sementara itu pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 49 dan 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Terdahulu menurut Rais, pasukan Alfa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dimaklumkan tentang kemalangan kira-kira 12.10 tengah hari.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta