Dua daerah di Sarawak kini hijau

KUCHING: Hari ini daerah Daro kembali ke status hijau daripada kuning, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Menurut JPBN, ia berikutan tiada kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan daerah berstatus hijau di Sarawak meningkat kepada dua termasuk Limbang,” kata JPBN dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, JPBN berkata Betong telah bertukar ke status kuning daripada jingga dan Marudi kembali ke status jingga daripada merah.

“Simunjan pula bertukar ke status merah daripada jingga setelah merekodkan sebanyak 44 kes.

“Menjadikan 32 daerah berstatus merah, satu daerah jingga dan lima daerah kuning,” jelas JPBN.

Suara Sarawak