ARTIKEL

Dua ditahan tunggang motosikal secara berbahaya 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI


Kedua-dua suspek yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Sibu, Jumaat lalu

SIBU: Dua remaja lelaki yang menunggang motosikal secara merbahaya telah ditahan dalam Operasi Op Samseng Jalanan di pusat bandar ini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataannya hari ini berkata, kedua-dua lelaki tempatan itu ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sibu antara jam 9 malam hingga jam 1.30 pagi.

“Terdapat dua orang lelaki tempatan telah ditahan masing-masing berumur 17 tahun.

“Semakan juga dapati salah seorang daripada mereka yang ditahan tidak memiliki lesen,” ujar beliau.

Zulkipli mengatakan kedua-dua suspek juga disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menunggang secara merbahaya.

Dalam operasi tersebut juga tegasnya, pelbagai kesalahan telah diambil tindakan saman iaitu tiada lesen; ubahsuai struktur; ubah suai ekzos; tiada nombor pendaftaran; gagal pamer ‘P’; tiada cermin sisi dan aksesori tidak sempurna.

Rentetan kesalahan tersebut melalui operasi yang dijalankan, beliau berkata sebanyak sembilan keping saman telah dikeluarkan.

“Oleh itu, pihak polis menasihatkan orang awam agar mematuhi undang-undang jalan raya.

“Para ibubapa diingatkan supaya pantau dan peka dengan kegiatan anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang jalan raya serta memastikan anak-anak mereka mempunyai lesen memandu yang sah,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit