ARTIKEL

Aksi atlet renang pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-66 di Pusat Akuatik Bukit Jalil semalam.

Dua emas Jayden pastikan Kuala Lumpur terus dominan di Terbuka Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perenang muda negara, Jayden Tan, memastikan Kuala Lumpur terus meninggalkan pencabarnya apabila beliau menyumbang dua pingat emas pada hari ketiga Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-66 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini semalam.

Jayden meraih emas peribadi pertama apabila mengungguli final acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki dengan mencatat masa tiga minit 55.52 saat (s), menewaskan rakan sepasukan Muhammad Dhuha Zulkifry, kedua (3:57.22s) dan wakil Bisp Sea Eagles Swimming, Ali Jafari ketiga (3:58.10s).

Pemenang pingat gangsa 400m rampaian individu lelaki Sukan SEA 2023 berusia 20 tahun itu kemudian membantu kuartet Kuala Lumpur yang turut dibarisi Muhammad Dhuha, Muhammad Arif Zulfikry dan Vitus So Teng Hoe, meraih emas dalam acara 4x200m gaya bebas.

Mereka merekodkan 7:58.59s untuk mengetepikan cabaran kuartet Selangor di tempat kedua (7:59.16s) dan tempat ketiga menjadi milik Sarawak yang mencipta masa 8:17.48s.

Bagi Jayden, kejayaan itu melonjakkan moralnya yang berhasrat untuk mencipta nama pada temasya Sukan SEA 2025 di Thailand.

“Seterusnya, tumpuan utama ialah Sukan SEA Thailand dan tidak sabar menantikannya. Saya benar-benar berharap untuk melakukannya dengan baik, bukan sahaja dalam acara individu tetapi juga rampaian berganti-ganti. Saya rasa pasukan kita boleh menjadi kuat.

“Bagi saingan saya di sana, perenang Vietnam memang pantas, mereka sangat bagus. Saya akan cuba sedaya upaya untuk merapatkan jurang.

“Kami masih ada masa dan saya perlu mengekalkan disiplin dan terus memaksa diri untul melakukan dengan lebih baik,” katanya kepada pemberita di sini.

Dua emas dituai Kuala Lumpur semalammenyaksikan kontinjen itu menerajui carta kedudukan pingat dengan keseluruhan tujuh emas diikuti pencabar terdekat, Mongolia, kedua dengan lima emas.

Sementara itu, seorang lagi perenang negara, Phee Jinq En yang mewakili Selangor, terpaksa akur dengan pingat perak selepas menamatkan final 50m kuak dada wanita dengan catatan masa 31.92s di belakang wakil Denmark, Thea Blomsterberg (31.63s), sementara Tan Rouxin dari Johor ketiga (32.63s).

Jinq En, yang juga pemegang rekod kebangsaan acara itu dengan masa 31.40s, dan Blomsterberg masing-masing berjaya ‘memadam’ rekod kejohanan 31.99s milik atlet Taiwan, Lin Pei-wun.

Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-66 yang bermula Khamis lepas akan melabuhkan tirainya hari ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo

BERITA TERBARU

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi