ARTIKEL

Kredit foto: FB Football Association of Malaysia | BERNAMA

Dua gol Saravanan bantu Harimau Muda jinakkan Filipina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan meneruskan momentum kemenangan selepas menjinakkan Filipina 4-0 pada perlawanan kedua saingan Kumpulan H pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Stadium Chonburi, Bangkok, Thailand semalam.

Kemenangan dilakar skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan itu mencerahkan peluang Malaysia layak ke Piala Asia B-23 buat kali kedua berturut-turut. 

Pada pertembungan semalam, Elavarasan membuat enam pertukaran dalam kesebelasan utamanya termasuk menurunkan dua pemain berpangkalan di luar negara iaitu Nooa Laine dan Luqman Hakim Shamsudin selepas kejayaan menewaskan Bangladesh 2-0 pada aksi pembukaan Rabu lepas.

Percaturan itu tampak berkesan apabila Malaysia cemerlang mendahului 2-0 pada 10 minit pertama dengan menyaksikan ketua pasukan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi membuka jaringan seawal 27 saat perlawanan bermula, selepas menyudahkan hantaran lintang Fergus Tierney dari sebelah kanan.

Enam minit berselang, penyerang T. Saravanan menggandakan kedudukan menerusi rembatan kaki kanan untuk menyempunakan hantaran lintang Luqman Hakim dari sebelah kiri sekali gus penjaga gol lawan Dimitri Macapagal tewas kali kedua.

Malaysia menambah derita Filipina apabila giliran pemain pertahanan Harith Haiqal Adam Afkar mencetak nama sebagai penjaring setelah melepaskan rembatan jarak jauh yang menerjah ke kiri gawang untuk gol ketiga pasukan pada minit ke-24.

Mendahului 3-0 pada separuh masa pertama, Malaysia meneruskan penguasaan di babak kedua, namun hanya berhasil mencipta satu gol menerusi Saravanan pada minit ke-62 untuk gol peribadi keduanya selepas memanfaatkan umpanan Fergus dalam kotak penalti.

Kemenangan diraih anak buah Elavarasan melonjak Malaysia ke kedudukan teratas Kumpulan H dengan mengumpul enam mata sementara Thailand yang akan bermain perlawanan kedua bertemu Bangladesh malam ini, di posisi kedua dengan tiga mata.

Hanya juara kumpulan bersama empat naib juara terbaik layak ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar yang turut menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Malaysia akan bertemu Thailand pada aksi terakhir Kumpulan H di venue sama, Selasa depan. – BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP