ARTIKEL

A crew member walks past a helicopter on the deck of the Japan Maritime Self-Defense Force's Hyuga-class helicopter destroyer "JS Ise" during a three-day maritime exercise between the US and Japan in the Philippine Sea on January 31, 2024. (Photo by Richard A. Brooks / AFP) / “The erroneous mention[s] appearing in the metadata of this photo by Richard A. Brooks has been modified in AFP systems in the following manner: clarifying to remove reference to Okinawa and Taiwan. Please immediately remove the erroneous mention[s] from all your online services and delete it (them) from your servers. If you have been authorized by AFP to distribute it (them) to third parties, please ensure that the same actions are carried out by them. Failure to promptly comply with these instructions will entail liability on your part for any continued or post notification usage. Therefore we thank you very much for all your attention and prompt action. We are sorry for the inconvenience this notification may cause and remain at your disposal for any further information you may require.”

Dua helikopter tentera Jepun terhempas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Seorang maut manakala tujuh lagi masih hilang pada Ahad, dalam nahas membabitkan dua helikopter tentera Jepun yang terhempas ke laut pada waktu malam, kata pegawai.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Diri Jepun (SDF) mengesahkan kejadian itu pada lewat Sabtu dan mengatakan seorang diselamatkan tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.

Menteri Pertahanan Minoru Kihara berkata, penyelamat melihat objek yang dipercayai sebahagian daripada pesawat itu di laut.

“Kami percaya kedua-dua helikopter itu terhempas.

Setakat ini punca nahas tidak diketahui, tetapi kami cuba melakukan terbaik untuk menyelamatkan nyawa,” kata Kihara kepada pemberita.

Beliau berkata, helikopter itu melakukan latihan untuk aktiviti menentang kapal selam pada waktu malam.

Beberapa jam kemudian, Kihara memberitahu pemberita bahawa anak kapal yang diselamatkan disahkan meninggal dunia.

Beliau juga mengesahkan kementerian mendapatkan semula perakam penerbangan dan menganalisis punca kejadian. Helikopter itu terhempas semasa latihan waktu malam di luar Kepulauan Izu di Lautan Pasifik, lapor penyiar NHK.

Komunikasi salah satu helikopter itu terputus pada 10.38 malam di luar Pulau Torishima dan seminit kemudian isyarat kecemasan diterima daripada pesawat itu, lapor NHK.

Sekitar 25 minit kemudian, iaitu pada 11.04 malam, pihak tentera menyedari komunikasi dengan pesawat lain turut terputus di kawasan sama.

Helikopter Mitsubishi SH-60K daripada Pasukan Pertahanan Diri Maritim (MSDF) kebanyakannya berpangkalan dan beroperasi dari kapal pemusnah tentera laut. MSDF berkata, memandangkan tiada pesawat atau kapal lain di perairan berhampiran, tiada penglibatan negara lain dalam insiden itu, tambah NHK.

Jepun meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan mengukuhkan kerjasama dengan AS dan negara lain di Asia sebagai tindak balas kepada ketegasan China yang meningkat di rantau ini dan Korea Utara yang tidak dapat diramalkan.

BERITA LAIN

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri