ARTIKEL

Dua hilang, tiga selamat dalam insiden bot karam di Belaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Dua penumpang hilang manakala tiga lagi terselamat dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Sungai Rajang, Belaga, petang semalam.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa yang hilang adalah Balavishnu Permaloo, 36, serta Rhuban Apparoo, 30, kedua-duanya lelaki yang berasal dari Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah.

Menurut kenyataan itu, maklumat dan identiti tiga lagi mangsa yang terselamat belum diperoleh setakat ini.

Menurut pusat itu lagi, sebaik panggilan tentang kejadian itu diterima pada 4.33 petang, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga dengan kekuatan lima anggota dan jentera telah digerakkan ke lokasi yang jaraknya kira-kira 31 kilometer dari balai.

“Mengikut maklumat awal, seramai lima pekerja syarikat Clinroom Industri Sdn Bhd, yang juga syarikat penyelenggara empangan Bakun, telah menyewa bot daripada penduduk kampung untuk bersiar-siar di sekitar Jeram Mejawah, Belaga yang dikemudi oleh Robert Jaang (penduduk Rumah Apan).

“Semasa kejadian, bot yang dinaiki karam disebabkan arus deras di Jeram Mejawah.

“Jurumudi bot berusaha menyelamatkan kesemua penumpang namun dua penumpang dihanyutkan arus deras,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Sebaik selesai mengumpul maklumat dan memantau keadaan di lokasi, pasukan bomba bergerak balik ke balai dan operasi ditangguhkan pada 6.30 petang manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi ini bersama agensi lain yang berkaitan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

TPM, menteri ucap Selamat Hari Sarawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Persekutuan antara yang mengucapkan Selamat Hari Sarawak yang disambut hari ini kepada seluruh rakyat

BERITA TERBARU

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah