Trending

Dua individu diberkas, cubaan membunuh dan curi kenderaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Polis memberkas dua individu warga tempatan disyaki terlibat dalam kes kecurian kenderaan di Tatau dan cubaan membunuh di Mukah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, tangkapan dibuat oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong di Betong, sekitar jam 1 petang semalam.

Katanya, suspek lelaki, 38, ditahan ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Betong akibat terkena satu tembakan di bahagian lengan kanan dan satu tembakan di bahagian pinggang sebelah kanan di Wad Kecemasan Hospital Betong.

Beliau berkata, suspek wanita berumur 34 tahun yang terkait dengan kes terbabit turut ditahan.

“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai lapan rekod kesalahan mencuri kenderaan, satu rekod kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan satu rekod kesalahan cubaan membunuh orang.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan motor dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh orang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru