ARTIKEL

Dua individu termasuk kanak-kanak OKU ditemukan rentung berpelukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Dua individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran melibatkan dua unit kediaman di Fortune Park, Lorong Kuini, Jalan Tanjung Batu, di sini, sekitar jam 4 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kedua-dua mangsa ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di bilik belakang salah sebuah kediaman teres dua tingkat terbabit.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian usai menerima panggilan kecemasan pada jam 4.05 pagi.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah teres, struktur kekal dua tingkat. Rumah pertama terbakar keseluruhan manakala rumah kedua terbakar 20 peratus.

“Dua mangsa yang rentung terperangkap di tingkat atas rumah pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan konsep RECEO, secara offensive dan defensive.

“Pihak bomba kemudian menjumpai dua orang mangsa dalam bilik di tingkat atas.

“Seterusnya mengeluarkan mereka dari serpihan runtuhan terperangkap dan diserahkan kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Baca lain  JPJ Sarawak keluarkan 1,233 notis ketidakpatuhan sepanjang Op TBC

Tsmbahnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.43 pagi serta kerja-kerja pembersihan turut dijalankan untuk memastikan tiada lagi punca-punca nyalaan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” tegasnya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

BERITA TERBARU