Dua kawasan dikenakan PKPD, tujuh lagi ditamatkan

KUCHING: Dua lagi lokaliti di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), manakala tujuh rumah panjang ditamatkan PKPD, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sementara PKPD di Rh. Garai Sungai Minus Jakar, Sarikei dilanjutkan dari 15 hingga 17 Jun.

“Dua kawasan baharu yang menjalani PKPD adalah Kampung Baru di Kota Samarahan (11 hingga 24 Jun) dan Rh. Juliana, Sg Kabu, Sarikei (12 hingga 28 Jun),” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Tambah JPBN, empat rumah panjang di Mukah, dua di Kanowit dan satu di Sibu ditamatkan PKPD pada esok (12 Jun).

“Ia adalah Rh. , Sungai Tuah, Kanowit; Rh. Jali, Sungai Maong, Machan, Kanowit; Rh. Jackson Jilan, Batu 16, Jalan Oya, Sibu dan Rh. Undum anak Anchih, Sg Duan, Mukah.

“Turut ditamatkan di Rh. Rimong anak Kilat, Mukah; Rh. Bija anak Unggang, Mukah dan Rh. Asin anak Aji, Mukah,” ujar JPBN.

Suara Sarawak