ARTIKEL

KOTOR… Banjir lumpur di Rumah Monica susulan tanah susur yang berlaku membabitkan Rumah Kutak Mugang dan Rumah Matahari di Nanga Mukih, Katibas, awal pagi tadi.

Dua kejadian tanah susur jejaskan tiga rumah panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KATIBAS, SONG: Dua kejadian tanah susur dilaporkan berlaku membabitkan dua buah rumah panjang, masing- masing Rumah Kutak Mugang dan Rumah Matahari, di Nanga Mukih di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata susulan kejadian itu menyebabkan berlakunya limpahan air ke Rumah Monica Nyanggau yang kemudiannya mengakibatkan banjir lumpur.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Rambor Udam, selaku komander operasi digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.55 pagi.

Menurut kenyataan itu lagi, pasukan bomba mengambil masa selama satu jam menggunakan bot untuk sampai ke lokasi kejadian.

“Setelah membuat ‘size up’, didapati benar terdapat dua tanah susur di lokasi TR Kutak Anak Mugang dan TR Matahari seperti yang dilaporkan. Akibat daripada tanah susur yang menimpa kedua-dua rumah panjang tersebut seterusnya menyebabkan limpahan air ke Rumah Monica Anak Nyanggau mengakibatkan banjir dan lumpur.

“Komander operasi mengarahkan anggota menggunakan PPE lengkap untuk memastikan tiada pergerakan tanah di lokasi. Operasi dijalankan dengan menggunakan kaedah RECEO.

Baca lain  Nadai chaj tambah nyilih tong gas kuning ngagai tong gas mirah PetrosNiaga

“Setelah operasi berjaya dan memastikan keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai,”ujar kenyataan itu lagi.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh