ARTIKEL

Dua kereta, motosikal musnah dalam kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Dua kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan di kawasan parkir di Pangsapuri Desa Intan, Air Itam musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.02 tengah hari.

“Pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah Perodua Myvi, sebuah Perodua Kancil serta sebuah motosikal SYM Bonus sedang terbakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata turut terbakar ialah dua pemampat penyaman udara yang terdapat di pangsapuri itu.

Kebakaran, katanya dapat dikawal pada 12.18 tengah hari dan api berjaya dipadam sepenuhnya sejam kemudian.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU