ARTIKEL

Dua kereta terbabit kemalangan, mangsa cedera ringan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan, Perodua Bezza dengan Toyota Hilux di Simpang Sepupok, Batu Niah semalam.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi benar berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan. Semua mangsa tiada yang tersepit.” menurut kenyataan BBP Batu Niah.

Mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Bezza mengalami kecederaan pada kaki dan tangan manakala mangsa yang menaiki Toyota Hilux tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Pasukan bomba membuat size up dan tiada membuat operasi mengeluarkan mangsa kerana tiada mangsa yang tersepit, ujar kenyataan itu lagi.

Pasukan bomba hanya memindahkan mangsa ke tempat selamat dan mangsa dibawa oleh ahli keluarga ke Klinik Batu Niah untuk mendapatkan perawatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua