Dua kes baru dikesan di Sarawak

KUCHING: Dua kes positif Covid-19 di kesan di dua buah daerah iaitu Sibu (satu) dan Miri (satu) menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak meningkat kepada 1,087 kes.

Pemangku Pengerusi JPBNS Tan Seri James Jemut Masing berkata, kes jangkitan tempatan di Sibu merupakan pesara lelaki tempatan yang bakal melakukan pembedahan di Hospital Sibu.

“Kes ke 1,086 pernah mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari yang lepas dan menjalani ujian saringan sebelum melakukan pembedahan.

“Kes tidak mengalami sebarang gejala dan dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Douglas, kes ke 1,087 merupakan seorang guru yang baru balik dari Selangor dan kembali ke Sarawak pada 15 Disember lepas melalui Lapangan Terbang Miri.

Jelasnya, kes diarah menjalani kuarantin di rumah kerana tiada kekosongan di pusat kuarantin dan kes hanya tinggal seorang diri di rumah.

“Pengesanan kontak rapat kepada kes ini sedang giat dijalankan dan kes dikategorikan sebagai kes import B iaitu mendapat
jangkitan semasa berada di kawasan berisiko tinggi,” ujarnya.

Sementara itu, kluster besi diisytihar tamat setelah tiada kes baru dilaporkan dalam tempoh 28 hari dari tarikh kes terakhir dikesan.

Selain itu, terdapat dua kes baru pulih dibenarkan pulang dari Hospital Umum Sarawak hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif pulih meningkat kepada 1,052.

“Manakala, jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 16 orang,” ujarnya.

Suara Sarawak