ARTIKEL

Dua kes Covid-19 XBB dikesan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Gambar hiasan

BINTULU : Dua kes varian baharu Covid-19 XBB telah dikesan di Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata beliau dimaklumkan mengenai kes itu hari ini.

“Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) membuat penemuan itu hari ini dalam proses penjujukannya.

Pengarah IHCM Prof Dr David Perera berkata ia dikesan menerusi sampel kes positif yang dikumpul awal bulan lepas. Institut ini sedang melakukan penjujukan satu lagi sampel yang diambil pada bulan yang sama dan berkemungkinan mengesan lebih banyak kes,” katanya.

Mengenai dua kes yang dikesan, Uggah berkata ia daripada dua orang pengembara.

“Seorang merupakan pengembara yang mempunyai pasport Amerika Syarikat yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan tempatan, manakala seorang lagi telah pulang daripada mengerjakan umrah.

Menurut Dr David, kemungkinan XBB ini telah merebak di negeri ini sejak awal Oktober lalu.

Untuk rekod, empat kes dikesan di Malaysia setakat 27 Oktober lalu melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 51 tahun, dari Selangor dan Negeri Sembilan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur