ARTIKEL

Dua kes ditumpaskan menerusi Operasi Anti Sorok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Operasi Anti Sorok oleh KemeDua kes ditumpaskan menerusi Operasi Anti Soroknterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya menumpaskan dua lagi kes melibatkan kes menyorok dan menjual barang kawalan subsidi minyak masak.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Sarawak Peter J. Berinus Agang berkata satu premis perniagaan di Bau berjaya dikesan, disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta Kawalan bekalan 1961.

“Sejumlah 336 kilogram (kg) minyak masak subsidi polibeg 1 kg berjaya dirampas dengan jumlah nilai rampasan berjumlah RM840,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Manakala, satu lagi kes melibatkan sebuah premis perniagaan di Jalan Song yang disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu kesalahan menjual barang kawalan dengan mengadakan pembelian bersyarat.

“Sejumlah 693 kg minyak masak subsidi polibeg 1 kg telah dirampas dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM1,732,” katanya ringkas.

Menurutnya lagi, denda tidak lebih RM1 juta, manakala RM3 juta untuk kesalahan berikutnya boleh dikenakan jika sabit kesalahan, bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat, sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

Mengulas lanjut, pelaksanaan Kempen Anti Sorok ini juga menunjukkan impak positif dalam kalangan pengguna dan peniaga.

“Untuk rekod statistik, bermula Januari hingga 2 Ogos tahun ini, sebanyak 720 kes dikesan melibatkan pelbagai akta yang dikuat kuasa oleh kementerian dengan jumlah nilai rampasan mencecah RM5,7 juta dan jumlah nilai kompaun adalah sebanyak RM502,500.

“Selain pelaksanaan Kempen Anti Sorok, KPDNHEP Sarawak
sentiasa serius membendung kegiatan penyelewengan barang kawalan subsidi yang menjadi penyumbang utama kepada ketirisan subsidi dan gangguan bekalan barang kawalan di pasaran seperti mengadakan operasi bersepadu agensi penguatkuasaan di sempadan negeri Sarawak,” tegasnya.

Justeru, masyarakat diseru untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang aktiviti berhubung penyelewengan barang kawalan bagi memastikan kegiatan tersebut dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup