ARTIKEL

Dua kluster baharu, Betong kembali merah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Terdapat dua kluster baharu melibatkan komuniti dilaporkan di Sarawak hari ini, iaitu Kluster Bukit Tinggi di Meradong dan Kluster Lempaong di Betong.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia menjadikan 96 kluster masih aktif di negeri ini dan 13 daripadanya mencatatkan sejumlah 96 kes positif baharu.

“Kluster Bukit Tinggi melibatkan sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan 21 individu dilaporkan positif.

“Sementara Kluster Lempaong dikesan hasil saringan bersasar melibatkan penduduk di dua blah rumah panjang di Lempaong Spak dan sebanyak 31 individu telah disahkan positif,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN berkata empat kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Nanga Meruan di Selangau, Kluster Jalan Ilmu di Miri, Kluster Jalan Kidurong Empat di Bintulu dan Kluster Kampung Sungai Agas di Kuching.

JPBN turut menyatakan Betong bertukar status daripada jingga kepada merah selepas terdapat 51 kes positif dilaporkan.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya