HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Dua kluster baharu di Saratok

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Dua kluster baharu diisytiharkan di Sarawak hari ini iaitu Kluster Ulu Senulau dan Kluster Abu Bengang di Daerah Saratok.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata kedua-dua kluster tersebut merupakan kluster komuniti dan dikesan di rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Bagi Kluster Ulu Senulau, ia melibatkan penduduk rumah panjang di Nanga Gong, Ulu Senulau dan seramai 33 orang didapati positif Covid-19.

“Manakala Kluster Abu Bengang melibatkan penduduk di rumah panjang Abu Bengang, Krian dan seramai 131 orang telah dikesan positif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JPBN menambah kesemua kes positif yang melibatkan kedua-dua kluster tersebut telah dirujuk ke PKRC di daerah Betong bagi menjalani rawatan dan pengasingan.

Sementara, JPBN berkata satu kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Jalan Bintulu-Tatau menjadikan hanya 94 kluster masih aktif di Sarawak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru