KUCHING: Kluster Sungai Entajum di Tatau dan Kluster Sungai Pelepak di Meradong diisytiharkan kluster baharu di Sarawak, hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia menjadikan sebanyak 97 kluster masih aktif di negeri ini.
“Kluster Sungai Entajum, Tatau merupakan kluster komuniti melibatkan sebuah sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan 112 individu telah disaring dan 41 kes dikesan positif.
“Manakala Kluster Sungai Pelepak, Meradong yang juga kluster komuniti melibatkan sebuah rumah panjang di bawah PKPD dan sejumlah 163 individu telah disaring, 26 daripadanya positif,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, JPBN mendedahkan satu kluster tamat iaitu Kluster Jalan Agama, Miri setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari.