Trending

Dua kluster baharu libatkan tempat kerja di Bintulu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sebanyak 86 kluster Covid-19 masih aktif di Sarawak apabila dua lagi kluster baharu melibatkan tempat kerja di Bintulu dilaporkan, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kluster pertama adalah Kluster Jalan Tatau-Selangau yang melibatkan penghuni rumah pekerja sebuah ladang kelapa sawit di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Sebanyak 224 individu telah disaring, 18 daripadanya disahkan positif dan 206 lagi masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, JPBN berkata seterusnya adalah Kluster Gom Tujuh dengan melibatkan pekerja sebuah kapal industri petroleum (Grade One Manjung 7) yang telah berlabuh di perairan Bintulu sejak 30 Jun lalu.

“Sejumlah 50 orang telah disaring dan 24 daripadanya dikesan positif, manakala empat lagi masih menunggu keputusan dan 22 lagi didapati negatif,” jelas JPBN.

JPBN turut memberitahu sebanyak empat kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Beladin di Pusa, Kluster Jalan Samarakan di Tatau, Kluster Sawai Niah di Subis dan Kluster Sungai Separai di Tatau.

Dalam perkembangan berkaitan, JPBN memberitahu daerah Tatau berubah status daripada jingga kepada merah, sementara Mukah daripada merah kepada jingga.

“Menjadikan Sarawak mempunyai sebanyak 19 daerah berstatus merah, enam daerah jingga, 13 daerah kuning dan tiga daerah hijau iaitu Limbang, Lawas dan Daro,” tambahnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru