ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah

Dua lagi individu ditahan dalam kes pukul pengawal keselamatan sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis berjaya menahan dua lagi individu yang terlibat dalam kes merusuh dan memukul seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Batu Lintang di sini pada 19 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata kesemua suspek warga tempatan yang berusia 34 hingga 40 tahun itu ditahan pada 22 Jun lepas.

“Secara keseluruhannya, pihak polis telah menangkap empat suspek yang terlibat dan polis masih berusaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas,” beliau memaklumkan dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ashmon, hasil pemeriksaan mendapati tiga suspek mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah kekerasan, dadah dan juga perjudian atas talian.

Sementara itu, katanya, ujian saringan air kencing mendapati dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Kesemua suspek telah dituduh di Mahkamah Kuching pada 25 Jun 2024 di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek-suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

“Kesemua suspek turut dituduh di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pencerobohan jenayah.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek-suspek akan dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau dengan denda yang boleh sampai RM1,000 atau dengan kedua-duanya,” ujarnya.

Terdahulu, video berdurasi empat minit tular di laman media sosial yang memaparkan empat individu membelasah seorang pegawal keselamatan di sebuah sekolah di Batu Lintang di sini.

Dua suspek berjaya ditahan dalam tempoh kurang daripada 24 jam setelah menerima laporan berhubung kejadian itu pada keesokan hari selepas video terbabit tular di media sosial.

BERITA LAIN

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

Sarawak tidak lepaskan hak

BINTULU: Sarawak tidak melepaskan hak-haknya apabila menjadi rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Sebaliknya, beliau menegaskan

BERITA TERBARU

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

Sarawak tidak lepaskan hak

BINTULU: Sarawak tidak melepaskan hak-haknya apabila menjadi rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Sebaliknya, beliau menegaskan