HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Dua lagi kawasan di Bintulu diisytiharkan kawasan baharu wabak rabies

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Dua lagi kawasan iaitu Pedaan di Telang Usan dan Pekan Tatau, Bintulu diisytiharkan kawasan baharu wabak rabies.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) berkata pengisytiharan itu susulan daripada kes positif ujian makmal ke atas dua anjing liar yang ditangkap semasa pemantauan aktif di kawasan berkenaan.

“Memandangkan kedua-dua kawasan ini berada di luar 10 km radius kawasan yang telah diisytiharkan, maka ia adalah kawasan baru wabak rabies yang ke-68 dan ke-69,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

JPVS menambah, setakat ini sebanyak 69 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak rabies sejak Julai 2017.

“Ini termasuk Kuching (7), Samarahan (4), Serian (22), Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (2), Kapit (1), Mukah (6), Bintulu (5), Miri (7) dan Limbang (1).

“Pemilik anjing sekali lagi diingatkan supaya memastikan anjing mereka diberi suntikan vaksin anti-rabies setiap tahun,” jelasnya.

Menurut JPVS, suntikan vaksin rabies boleh didapati di mana-mana pejabat veterinar atau klinik haiwan swasta.

“Kegagalan berbuat demikian boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

“Selain itu, denda tidak melebihi RM2,500 dan anjing boleh ditangkap dan ‘Targeted Removal’ sekiranya tanpa bukti pemvaksinan anti-rabies,” ujarnya.

JVPS menegaskan, tindakan membiarkan anjing lepas bebas atau membawa anjing keluar dari kawasan wabak rabies tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Veterinar Negeri merupakan kesalahan di bawah Seksyen 37, dan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 3 bulan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru