ARTIKEL

Dua lelaki cedera diserang ketika makan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua rakan cedera selepas diserang tiga lelaki ketika sedang makan di sebuah kedai kopi di Stampin, BDC pada Ahad lalu.

Semasa kejadian sekitar jam 10.30 malam, kedua-dua mangsa sedang makan bersama beberapa rakan lain sebelum mereka didatangi ketiga-tiga suspek yang bertindak membaling kerusi ke arah mereka.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata kedua-dua mangsa mengalami kecederaan akibat dipukul dengan menggunakan tangan serta batang besi.

“Mangsa tidak mengetahui punca pergaduhan kerana mereka diserang secara tiba-tiba.

“Akibat kejadian, mangsa masing-masing mengalami luka pada pergelangan tangan, luka pada bahu kanan dan luka pada kening sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Awang Din berkata kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai dengan sengaja menyebabkan cedera di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pergaduhan antara kedua-dua kumpulan di sebuah kedai kopi di Stampin, BDC pada Ahad lalu.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU