ARTIKEL

Dua lelaki dera pelatih pusat pemulihan dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEREMBAN: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes mengasari seorang lelaki sehingga mendatangkan kecederaan di sebuah pusat pemulihan dadah dekat sini seperti yang tular menerusi laman media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata kedua-duanya yang merupakan pekerja pusat pemulihan berusia lingkungan 25 hingga 48 tahun itu ditahan di pusat pemulihan berkenaan, semalam.

Beliau berkata pada 6.58 petang, Selasa lepas, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita menyatakan adik iparnya telah dipukul semasa berada di pusat pemulihan dadah itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul sejak mula mendaftar masuk ke pusat pemulihan dadah berkenaan kira-kira tiga bulan lepas.

“Mangsa yang mengalami kecederaan pada seluruh anggota badan kini dirawat di sebuah hospital untuk menjalani pembedahan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya ke Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerusi talian 06-7904 389.– BERNAMA

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU