ARTIKEL

Dua lelaki diburu terbabit samun guna parang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Polis memburu dua lelaki disyaki terlibat kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Kebun Baru, Telok Panglima Garang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@ Salleh berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada pemilik kedai itu pada 3 petang.


“Siasatan mendapati seorang daripada suspek memasuki kedai dengan menutup muka menggunakan baju yang dijadikan topeng, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.

“Suspek yang bersenjatakan parang kemudian melarikan laci yang mengandungi wang tunai, dua tabung masjid dan satu telefon bimbit milik pekerja kedai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ahmad Ridhwan berkata siasatan awal mendapati kejadian itu menyebabkan pemilik kedai kerugian kira-kira RM3,000.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerusi talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti