Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Dua lelaki dicekup bersama dadah bernilai RM3,250

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PADAWAN: Tidak sempat mengedar dadah, dua lelaki kempunan apabila dicekup polis dalam satu serbuan di kawasan letak kereta berhadapan sebuah pangsapuri, Jalan Stapok pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan Supritendan Aidil Bolhassan berkata, kedua-dua suspek berusia 25 dan 28 tahun ditahan kira-kira jam 9.15 malam oleh sepasukan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sarawak.

“Dalam serbuan tersebut, pasukan operasi merampas sebuah bungkusan plastik hitam mengandungi lima peket bertulis ‘Papaya Milk’ berisi campuran serbuk disyaki dadah ekstasi seberat 225.35 gram bernilai RM3,250.

“Turut disita wang tunai berjumlah RM2,100, sebentuk cincin emas, dua gelang tangan emas bernilai RM24,031.80 dan dua buah kenderaan dengan nilai sitaan berjumlah RM66,131.80.

Suspek yang direman polis untuk membantu siasatan.
Suspek yang direman polis untuk membantu siasatan.

“Suspek pertama mengaku berkerja sebagai ‘runner’ iaitu penghantar pesanan dadah kepada pelanggan dan tidak mengutip sebarang bayaran kerana dibayar terus kepada tauke,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, satu peket jus berisi campuran dadah
jenis ekstasi dijual dengan harga RM650 dan suspek hanya mengambil upah sebanyak RM20 bagi setiap peket yang dijual.

Baca lain  Lima srikandi GPS cipta sejarah

Aidil berkata, suspek kedua pula merupakan pelanggan yang kebetulan datang mahu membeli dadah daripada suspek pertama.

“Kedua-dua suspek telah menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati suspek pertama positif dadah jenis Methamphetamine manakala saspek kedua keputusan negatif.

“Lokasi tauke sedang dikesan oleh pihak polis, manakala kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lima peket ‘Papaya Milk’ mengandungi dadah jenis ekstasi dengan berat keseluruhan 225.35 gram dirampas dalam satu serbuan pada Jumaat lalu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru