ARTIKEL

Keratan tiub straw berisi dadah jenis methamphetamine yang dirampas daripada suspek.

Dua lelaki dicekup miliki dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Dua lelaki tempatan, 28, ditangkap kerana memiliki dadah di Simpang Mateding Jalan Mukah –Balingian, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya telah menahan kereta suspek semasa berada di simpang jalan tersebut.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu keratan tiub straw lut sinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 0.26 gram.

“Dadah berkenaan diletakkan di atas tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, hasil ujian urin mendapati penumpang kereta positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala pemandu negatif dadah.

Ujarnya, dadah dan kenderaan dirampas untuk dijadikan barang kes.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (3) akta yang sama iaitu boleh dipenjara selama tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih dari RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda tidak lebih RM5,000 serta pengawasan polis tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun,” jelasnya.

Tambahnya, kedua-dua suspek masih ditahan di lokap Balai Polis Mukah untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU