ARTIKEL

Dua lelaki dicekup terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Dua lelaki warga tempatan berjaya ditahan oleh pihak polis pada 19 Mac lalu setelah disyaki menjalankan aktiviti memberi pinjaman wang tanpa lesen di sekitar daerah Miri.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan tersebut dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dalam satu operasi dinamakan Ops Vulture.

Katanya, Ops Vulture tersebut adalah bertujuan untuk mengesan dan menangkap suspek disyaki terlibat dalam aktiviti terbabit.

“Hasil daripada maklumat, pasukan risikan dan operasi telah berjaya menangkap dua lelaki tempatan berusia antara 30-an dan 40-an kerana disyaki membuat aktiviti memberi pinjaman wang tanpa lesen dalam daerah Miri.

“Peranan suspek yang ditangkap tersebut adalah berjumpa dengan peminjam bagi mengutip bayaran balik pinjaman wang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Susulan itu katanya, kedua-dua suspek yang ditahan kemudiannya direman selama dua hari bermula semalam hingga hari ini bagi melengkapkan siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951/2011 yang mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM250,000 tetapi tidak lebih dari RM1 juta atau penjara untuk selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” ujarnya.

Baca lain  Dipenjara lima bulan kerana methaphetamine

Pada masa sama, Alexson menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan menggunakan fikiran sihat dan logik dalam membuat urusan pinjaman wang khasnya daripada pihak-pihak atau individu yang tidak jelas.

“Sentiasa membuat semakan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Daerah dan institusi kewangan terlibat sebelum membuat sebarang urusan pinjaman wang.

“Selain itu, masyarakat juga digalakkan untuk menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan siber seperti phone scam, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya, sekiranya anda baharu sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun keldai atau sindiket penipuan,” jelasnya

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,