ARTIKEL

Dua lelaki dipenjara kerana miliki syabu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki berusia 39 tahun dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 1.97 gram.

Tertuduh Abdul Hafiz Jimi dari Kampung Hulu Drahman mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Syarifah Fatimah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 19 Jun lepas.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta yang sama di sebuah rumah di Tabuan Foo Chow sekitar jam 4.10 petang, 19 Jun lalu.

Menurut fakta kes, sepasukan polis telah menahan tertuduh di sebuah rumah kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, dalam mahkamah yang sama, seorang lelaki berusia 26 tahun dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau 12 bulan penjara kerana memiliki 3.59 gram dadah jenis syabu.

Dia didakwa memiliki barang terlarang itu sebuah premis di Kota Sentosa, kira-kira jam 3 petang, 22 Jun lepas.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU