ARTIKEL

Dua lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM10,111

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Dua lelaki yang disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah ditahan pihak polis sewaktu dalam perjalanan menuju ke ladang Rimbunan Hijau, Balingian pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata, suspek yang berusia 33 tahun dan 25 tahun itu ditahan untuk pemeriksaan sekitar jam 3.30 petang.

Katanya, kegiatan suspek terbongkar susulan penahanan sebuah kenderaan pacuan empat Toyota Hilux berwarna hitam di tepi jalan laluan masuk ke ladang Rimbunan Hijau, Balingian menerusi Ops Tapis.

“Setelah polis mengarahkan kedua-dua suspek keluar dari kereta dan melakukan hasil pemeriksaan, pihak polis menjumpai satu paket plastik lutsinar bersaiz besar dan dua paket plastik lutsinar sederhana.

“Kedua- dua paket plastik tersebut masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 111.22 gram dengan nilai anggaran RM10,111 di dalam beg yang digunakan oleh salah seorang suspek.

“Namun, polis tidak menjumpai apa-apa barang terlarang di tubuh badan salah seorang suspek termasuk kereta yang digunakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-dua suspek disahkan positif dadah jenis Amphetamine.

Semua barang dirampas termasuk kereta yang digunakan manakala suspek dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman mati atau jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dipenjara seumur hidup dengan 15 kali sebatan serta Seksyen 15(1)(a) jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM5000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

PM Anwar ucap selamat hari lahir kepada Jokowi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali dengan nama Jokowi. Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut