Dua lelaki ditahan bersama selaras senapang patah

SERIAN: Dua lelaki ditahan selepas didapati bersama selaras senapang patah jenis Steven (US 3210) beserta empat butir peluru hidup di halaman sebuah premis berhampiran simpang tiga Kedup 2 Jalan Mentung-Sangai, semalam.

Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak SAC Mancha Ata berkata, senjata api itu ditemui berada di tengah antara tempat duduk pemandu dan penumpang kenderaan dinaiki kedua-dua suspek ketika ditahan sekitar jam 10.28 malam.

Menurutnya, kedua-dua individu terbabit merupakan warga tempatan masing-masing berusia 49 dan 55 tahun.

“Mereka (suspek) ketika ditemui oleh Unit Risik Batalion 11 PGA bersama senjata di dalam kenderaan terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen dan lesen membawa senjata yang sah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

RAMPAS… Senapang patah jenis Steven (US 3210) bersama empat butir peluru hidup

 

JUMPA… Keadaan senapang patah jenis Steven (US 3210) ketika dijumpai di dalam kenderaan suspek

Suara Sarawak