ARTIKEL

Istana Negara. - Foto hiasan

Dua lelaki ditahan, cuba ceroboh Istana Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes cubaan menceroboh Istana Negara semalam.

Kedua-dua suspek berusia 29 dan 37 tahun, yang menaiki kereta Perodua Kembara, ditahan anggota polis bertugas di Pintu 3 Istana Negara ketika mereka cuba memasuki istana melalui pintu itu kira-kira 4.40 petang, atas alasan mahu berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dalam satu kenyataan, memberitahu pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek telah menjumpai sebilah parang.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif.

“Kedua-dua suspek direman empat hari hingga 21 Mei bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Rusdi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak pasti berkaitan insiden itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU