ARTIKEL

Dua lelaki ditahan hisap dadah di tepi sungai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Dua lelaki ditahan ketika sedang lepak sambil menghisap dadah di tepi sungai Kampung Bogag, Jalan Serikin-Bau.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata kedua-dua suspek berusia 29 dan 23 tahun, masing-masing dari Kampung Stass dan Kampung Bogag itu ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Bau kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

“Pemeriksaan menjumpai sepaket plastik kecil lutsinar berisi syabu seberat 0.38 gram di atas meja tempat mereka sedang lepak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata saringan air kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Dadah yang dimiliki kedua-dua suspek dirampas.

Poge menambah siasatan awal mendapati mereka membeli dadah daripada seorang rakan.

Katanya salah seorang daripada suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau.

Beliau berkata kedua-dua suspek akan dipohon reman esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952.

Poge berkata sabit kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dihukum penjara tidak lemebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dihukum penjara tidak melebihi dua tahun dan diperintahkan menjalani pengawasan tidak lebih dari dua tahun dan tidak lebih tiga tahun di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha