ARTIKEL

Dua lelaki ditahan positif dadah jenis Methamphetamine

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang penjawat awam termasuk dua lelaki didapati positif dadah jenis Methamphetamine hasil serbuan polis di hadapan sebuah rumah tidak bernombor dekat Kampung Sungai Aur semalam.

Kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 7.10 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong yang mengesahkan kejadian mendedahkan kedua-dua suspek merupakan warga tempatan berusia lingkungan 22 dan 39 tahun.

“Hasil pemeriksaan menjumpai satu kotak jernih berisi enam keratan tiub straw lutsinar, dua tiub straw berwarna merah dan dua peket plastik merah yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 1.80 gram yang terletak di poket sebelah kiri hadapan seluar panjang yang di pakai suspek pertama.

“Pemeriksaan lanjut terhadap suspek kedua menemui satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu kira-kira seberat 0.12 g.

“Kedua-dua subjek mengaku dadah tersebut adalah milik mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Lim, suspek turut mendedahkan bekalan dadah syabu terbabit diperoleh secara sistem pembayaran dalam talian (bank in) daripada seorang lelaki yang dikenali dengan gelaran ‘ALEK’.

Ujarnya kes kini disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.

RAMPAS…Dadah yang dirampas dan kedua-dua suspek mengaku dadah terbabit milik mereka

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU