Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Dua lelaki Indonesia positif Covid-19 diburu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Jabatan Kesihatan dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak sedang berusaha mengesan dua lelaki warganegara Indonesia yang mehilangkan diri setelah disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dua kes tersebut telah dikesan di Daerah Asajaya dan merupakan antara tiga kes positif yang dilaporkan di Sarawak hari ini.

Menurutnya, satu lagi kes positif Covid-19 dilaporkan di Kuching juga melibatkan lelaki warganegara Indonesia dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 1,108 kes.

“Kes yang diburu itu melibatkan kes 1,107 dan 1,108 yang telah menjalani saringan Covid-19 untuk memulakan kerja di tempat baharu.

“Dan kedua-duanya juga ditawarkan pekerjaan di daerah Asajaya oleh majikan baharu yang ditemui di Kuching,” katanya dalam kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Tambahnya Uggah, mereka kemudiannya dibawa ke kuarters pekerja di Asajaya pada 20 Disember dan menjalani saringan Covid-19 di fasiliti kesihatan swasta di Serian pada 21 Disember.

Baca lain  PKPD di enam lokaliti di Sarawak, empat ditamatkan

“Dan keputusan ujian pada 23 Disember mendapati kes-kes ini adalah positif.

“Bagaimanapun, sehingga laporan ini dibuat kedua-dua kes masih belum ditemui kerana telah menghilangkan diri selepas membuat saringan.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut serta pengesanan kontak kepada kes berkenaan juga sedang giat dijalankan,” tegasnya.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, kes 1,106 yang dilaporkan di Kuching tersebut juga menjalani saringan kerana ingin memulakan kerja di tempat baharu di Kuching dan telah didapati positif pada 26 Disember setelah menjalani saringan fasiliti kesihatan swasta.

“Siasatan awal mendapati kes mempunyai sejarah bekerja secara sah di Sarawak sejak Disember 2019 di sebuah premis makanan di Kuching dan kembali secara sah kes negara asal pada Julai lalu.

“Bagaimanapun, kes telah masuk semula ke Sarawak menggunakan jalan tikus pada 25 Disember,” jelasnya.

Beliau memberitahu, kes ini tidak mengalami sebarang tanda dan gejala dan telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Sebagai rekod, ketiga-tiga kes berkenaan dikategorikan dikategorikan sebagai kes yang mendapat jangkitan di luar negara (Import-A).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru