ARTIKEL

Dua lelaki nyaris maut terkena renjatan elektrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang dilalui dua lelaki yang melecur dan cedera ringan akibat terkena renjatan elektrik di Jalan Sungai Nyigu, di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi ketika mangsa Hang Balan, 52 dan Sofiandi, 29, menjalankan kerja-kerja memasang kekisi bumbung di atas bumbung premis Unimex Flow System Sdn. Bhd. di Jalan Sungai Nyigu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata akibat kejadian itu, mangsa Hang Balan mengalami melecur tahap dua di seluruh badan manakala rakannya, Sofiandi hanya cedera ringan.

Pasukan Bomba katanya, terpaksa meminta bantuan pihak Sarawak Energy terlebih dahulu untuk memutuskan bekalan elektrik sebelum kerja-kerja menurunkan seorang mangsa dilakukan menggunakan tangga dan pengusung.

“Salah seorang mangsa mengalami melecur tahap dua di seluruh badan dan dalam keadaan sedar.

“Seorang lagi mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan berjaya turun sendiri dari atas bumbung berkenaan dengan selamat sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Setelah mangsa berjaya diturunkan oleh pihak Bomba, mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat tamat pada jam 11.35 pagi.

Anggota perubatan merawat mangsa selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja memasang kekisi bumbung di sebuah premis di Jalan Sungai Nyigu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU