ARTIKEL

Dua lelaki rentung dalam kebakaran kantin pekerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Dua lelaki rentung dalam kebakaran membabitkan kantin pekerja Usaha Estet, Jalan Pesisir Bintulu, malam semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya berkata kedua-dua mangsa berbangsa Cina dan dikenali sebagai Wong Ling Poung berumur 47 tahun dan Lee Hua Hing berusia 23 tahun.

Dua jentera bomba dengan kekuatan sepuluh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu diketuai PBKII Stephen Bin Plen dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 malam.

Kerja-kerja memadam kebakaran turut mendapat bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju diketuai PBK II Mohd. Alimun.

Kedua-dua mangsa dijumpai ketika pihak bomba melakukan proses pemadaman dengan seorang mangsa dijumpai di dalam bilik tidur manakala seorang lagi dijumpai berdekatan dengan kaunter pembayaran dalam keadaan rentung.

Kedua dua mangsa, kemudiannya, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan pihak Bomba.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha