ARTIKEL

Pegawai KPDN membuat pemeriksaan ke atas kesemua barangan yang telah dirampas dalam serbuan yang dijalankan oleh Batalion 11 PGA Batu Kawa

Dua lelaki tempatan ditahan terbabit kes seleweng minyak masak bersubsidi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah berjaya menumpaskan dua kes yang melibatkan aktiviti penyelewengan minyak masak paket bersubsidi menerusi satu serbuan.

KPDN Sarawak berkata, serbuan dijalankan oleh Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa terhadap dua buah lori di kawasan Kampung Raso 2, Lundu.

“Dalam serbuan berkenaan, dua lelaki warga tempatan telah ditahan dan diserahkan kepada pasukan operasi KPDN Kuching yang ditemui di tempat kejadian oleh pihak Batalion 11 PGA Batu Kawa.

“Turut disita juga adalah eksibit yang termasuk dua buah lori, minyak masak paket anggaran 8,347 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM20,867.50.

“Manakala, keseluruhan nilai rampasan adalah dianggarkan berjumlah RM75,867.50,” katanya dalam satu kenyataan.

Longgokan minyak masak paket bersubsidi yang diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab

Ekoran itu katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran Pengawal Bekalan.

“Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua bagi satu pertubuhan perbadanan.

Baca lain  Lebih 1000 orang bakal sertai Benak Road Trail Run 2019 esok

“Manakala, jika orang itu bukan satu pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya dan denda tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan kedua atau penjara tidak melebihi tempoh selama lima tahun atau kedua-duanya,” jelasnya.

Berikutan kes ini juga, siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individua tau syarikat yang terlibat dalam aktiviti atau rantaian pengedaran minyak masak paket termasuklah sumber minyak masak paket diperolehi dan edaran mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

Sehingga 9 Mei tahun ini, sebanyak 30,547 pemeriksaan telah dijalankan dan menghasilkan 345 kes dengan nilai sitaan RM13,843,566.40 dengan nilai kompaun sebanyak Rm61,900 dengan 90 kes di bawah AKB 1961.

Antara individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak masak paket bersubsidi

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU