ARTIKEL

Pelbagai jenis dadah dan wang tunai yang dirampas daripada suspek.

Dua lelaki tempatan ditahan terlibat kes dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Dua lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan polis berhubung kesalahan berkaitan dadah di kawasan Parkcity di sini semalam.

Ketua Polis Bintulu Supt Nixon Joshua Ali berkata polis merampas serbuk ekstasi seberat 134 gram, 2.7 gram pil ecstasy, 1.6 gram ketamin, sejumlah wang tunai dan sebuah kenderaan daripada suspek.

Katanya, suspek pertama akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala suspek kedua akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama.

“Kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine dan akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan.

Nixon berkata, polis percaya dadah yang dirampas itu bertujuan untuk diedarkan di pusat hiburan sekitar bandar raya ini boleh digunakan 40 hingga 50 penagih dadah.

“Jika disabitkan kesalahan mengedar dadah di bawah Seksyen 39B APJ 1952, hukuman yang boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Baca lain  Betong tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 

“Jika disabitkan kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 39A(2) APJ 1952, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan juga sebatan tidak kurang daripada 10 sebatan,” kata Nixon.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1) APJ 1952, boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan pengawasan polis selama dua tahun.

Nixon meminta orang ramai melaporkan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah di daerah ini kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318304.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh