ARTIKEL

Dua lori, sebuah motosikal disita JPJ Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Tiga buah kenderaan telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri dalam Ops Perayaan yang dilaksanakan di Jalan Miri-Bintulu dan Terminal Bas Pujut di sini baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook JPJ Sarawak, operasi yang dijalankan menjelang sambutan Hari Raya Aidlilfitri akan datang itu memberi fokus kepada pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.

“Operasi yang berlangsung ini telah mengeluarkan notis JPJ (P) 22 dan Notis Penahanan Kenderaan terhadap sebuah motosikal serta dua buah lori di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Dalam pada itu, JPJ Sarawak berkata penguatkuasaan itu bertujuan meningkatkan pematuhan undang-undang lalu lintas, mengurangkan kemalangan jalan raya, dan memastikan pengguna jalan raya mematuhi had laju serta peraturan keselamatan lain.

Mengulas lanjut, katanya, ia melibatkan peningkatan pengawasan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan keselamatan jalan raya semasa musim perayaan ini.

JPJ Miri melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan di sepanjang Jalan Miri-Bintulu dan Terminal Bas Pujut dalam Ops Perayaan baru-baru ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU