ARTIKEL

Dua mati disyaki bunuh diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki ditemui mati dipercayai membunuh diri dalam dua kes berasingan di sini semalam.

Dalam kes pertama seorang lelaki ditemui mati di sebuah rumah di Jalan Sungai Apong pada jam 9.30 pagi bersama nota tulisan tangan untuk keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, lelaki berusia 51 tahun berasal dari Jalan Nokes Sungai Apong itu meminta maaf kepada isteri dan anak-anaknya kerana tidak mampu menanggung keluarga.

Menurut isterinya, mangsa menderita kerana menghidap darah tinggi dan buasir.

Awang menambah, manakala kes kedua membabitkan seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun ditemui mati tergantung di blok komersial di Jalan Pending semalam.

Mangsa ditemui majikannya pada jam 10.16 pagi sebelum menghubungi pihak polis.

“Pasukan paramedik tiba mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Awang mengesahkan tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian dan kedua-dua kes diklafikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat selesai.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU