Trending

Dua maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran Kampung Spaoh Kuari

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta.

SIMUNJAN: Dua lelaki maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran Kampung Spaoh Kuari, Jalan Simunjan, di sini, semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.26 petang.

Katanya, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan digerakkan ke lokasi sejurus menerima laporan.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta dan diletakkan di tempat yang selamat.

“Setelah diperiksa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi, didapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia merupakan warga tempatan berumur 47 tahun dan warga Bangladesh.

Katanya, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dua lelaki maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran Kampung Spaoh Kuari, Jalan Simunjan, di sini semalam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru