Trending

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan kendiri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARATOK: Dua daripada empat mangsa disahkan maut akibat terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Berayang Saratok-Sarikei, di sini, semalam.

Manakala, dua lagi mangsa dikejarkan ke hospital menggunakan ambulan KKM dan jentera EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok.

PIHAK bomba mengusung mayat mangsa yang meninggal dunia akibat kejadian tersebut.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa kemalangan melibatkan sebuah Toyota Hilux dipercayai kemalangan kendiri lalu terbabas dan terbalik ke dalam longkang di tepi jalan.

“Setibanya Pusat Keluaran Operasi (PKO) ke lokasi kejadian, tiada yang tersepit kerana dipercayai kesemua mangsa telah tercampak keluar dari kenderaan semasa kejadian.

“PKO bertindak membantu mengangkat mangsa yang cedera masuk ke dalam ambulan seterusnya menyerahkan mangsa yang meninggal dunia kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan hospital Saratok di lokasi kejadian.

Sementara, terdapat empat mangsa yang menaiki kenderaan tersebut semasa kejadian iaitu tiga lelaki dewasa dan satu wanita dewasa yang berusia dari 15 hingga 55 tahun.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru