Trending

Dua minggu baik pulih rumah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerja baik pulih salah sebuah kediaman di Lorong 17C, Skim Penempatan Semula Stutong menerusi Projek Kecil Luar Bandar – Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (MRP- PPRMS) berjaya disiapkan dalam tempoh dua minggu.

ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin berkata, usaha tersebut dilaksanakan kerana mereka melihat rumah milik warga emas itu berada dalam keadaan daif seperti bocor dan sebagainya.

“Justeru, kita melaksanakan projek di bawah MRP-PPRMS dengan kos RM15,000 melibatkan baik pulih bumbung, siling dan sedikit di bahagian dinding yang sudah rosak.

“Kerja-kerja baik pulih ini juga dijalankan secara gotong-royong oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Stampin Baru sekitar dua minggu lalu, dan siap sepenuhnya ketika ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Penyerahan Projek MRP- PPRMS kepada Chang Sze Boon di Lorong 17C, di Skim Penempatan Semula Stutong, di sini, semalam.

Projek baik pulih rumah itu mula dilaksanakan pada 21 Mei lalu oleh DUN Kota Sentosa dan siap sepenuhnya semalam.

Tambahnya, beliau tampil untuk membantu membaik pulih rumah tersebut apabila mendapat maklumat daripada ADUN Pending Violet Yong Wui Wui.

“Sebenarnya, rumah ini diperkenalkan oleh YB Violet semasa kami menghadiri satu majlis dan beliau sendiri meminta saya untuk turun padang melihat keadaan rumah tersebut.

“Kemudian, saya turun bersamasama Kapitan Chai Yong Liang untuk mendapatkan maklumat terperinci dan mendapati ia memang layak untuk dibantu.

“Kerana dalam isu memberikan bantuan ini tiada istilah politik, kita akan membantu semua golongan rakyat yang memerlukan.

Kerajaan Sarawak memang prihatin terhadap masalah rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu masyarakat yang memerlukan terutama sekali di kawasan tanggungjawabnya itu boleh tampil sekiranya mereka hendak mendapatkan bantuan membaik pulih rumah.

“Yang penting adalah mereka memenuhi kriteria dan syarat, iaitu mereka yang miskin serta keadaan rumah benar-benar daif.

“Saya juga telah menerangkan perkara ini, jika memang mereka memenuhi syarat yang diperlukan kita akan bantu,” tegasnya.

Beliau seterusnya mengingatkan masyarakat dan golongan yang memerlukan untuk menghubungi penghulu dan ketua masyarakat sekiranya mereka memerlukan bantuan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru