BAU: Dua pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia telah ditangkap semasa Operasi Benteng Pencegahan Jenayah di Pasar Jambusan pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, operasi dijalankan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Bau yang dianggotai oleh seorang pegawai dan enam anggota.
“Pemeriksaan pada dua lelaki warga Indonesia terbabit didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
”Tangkapan telah dibuat dan dua Pati berkenaan telah diusir ke sempadan Malaysia / Indonesia,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Poge turut berkata, operasi yang dijalankan bukan sahaja bertujuan mencegah jenayah tetapi untuk mengesan dan mengekang kemasukan Pati ke negara ini.
Beliau memberitahu, operasi seumpama ini akan dibuat di masa-masa hadapan dan masyarakat di daerah ini diseru agar sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras jenayah.
“Dengan adanya kerjasama dari semua pihak dan masyarakat di Daerah Bau khususnya akan dapat menyumbang kepada keamanan dan keharmonian,” katanya.
Beliau juga mengingatkan agar masyarakat sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada.

Pesara swasta mengaku tidak bersalah seleweng wang pampasan tanah rizab penduduk
BINTULU: Seorang pesara swasta mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah