Dua pekerja pembersihan positif; Klinik Kesihatan Jalan Oya Sibu ditutup sementara

SIBU: Klinik Kesihatan Jalan Oya di sini akan ditutup pada sebelah pagi esok (Selasa) susulan dua pekerja pembersihan di klinik tersebut disahkan positif Covid-19.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Bahagian Sibu berkata, penutupan sementara Klinik Kesihatan Jalan Oya berkuat kuasa pada 19 Januari 2021 (Selasa) jam 8 pagi hingga jam 1 petang dan akan beroperasi seperti biasa pada jam 2 petang pada hari yang sa
“Ini bagi memudahkan operasi nyahcemar” katanya petang tadi.
Semua anggota kesihatan di premis tersebut telah disaring dan kesemuanya adalah negatif Covid-19.
Jelasnya lagi, pesakit dan pelanggan yang mempunyai temu janji di klinik tersebut pada sebelah petang esok boleh datang seperti biasa dan tidak perlu risau kerana klinik tersebut telah disanitasi.
“Secara rutin klinik tersebut memang dibersihkan dua kali setiap hari dan risiko jangkitan amat rendah.
“Dinasihatkan pesakit sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Pakai pelitup muka dengan betul, sentiasa pastikan tangan dibersihkan selalu dengan air dan sabun atau cecair sanitasi, jaga jarak satu meter dan tidak bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain,” jelasnya.

TUTUP SEMENTARA…Klinik Kesihatan Jalan Oya akan ditutup pada waktu pagi sahaja esok.